Selasa, 23 Jun 2009

C.I.N.T.A.

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, anda tengok bas itu dan anda berkata pada diri anda, “Eee.. penuhnya.. tak ada tempat duduk.” Jadi, anda katakan pada diri anda, “Saya akan tunggu bas yang lain.” Anda pun biarkan bas tu berlalu dan menunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. Anda tengok bas itu dan anda akan cakap, “Eee.. bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, anda pun biarkan bas buruk itu berlalu dan anda bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini anda kata, “Emm… tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik aku tunggu bas yang lain.” Dan sekali lagi anda biarkan bas itu berlalu dan anda bercadang untuk menanti bas yang seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru anda perasan yang anda sudah terlambat rupanya. Anda mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah anda sedar bahawa… anda dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini anda dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang anda hendak.
Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah anda dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk anda? Jadi, mengingini apa yang anda idamkan itu memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya anda dapati “bas” itu tidak sesuai dengan anda, apa yang perlu anda lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.
Tapi… saya pasti anda semua tentu ada pengalaman yang macam ini. Anda nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang anda nanti- nantikan), anda tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak anda dan terus berlalu tinggalkan anda!
Hahahaha… Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam itu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas itu sebab setiap kali, anda akan terjatuh dan menyakiti diri anda sendiri. Jadi, bercinta itu adalah ibarat menunggu bas, sama ada anda nak naik dan beri peluang pada bas tu…semuanya terpulang pada diri anda. Dan bila anda berjalan, anda sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!
"Cintailah Seseorang Yang Mencintai Kita... Bukan Kerana Harta, Rupa Atau Darjat... Tetapi Kerana Ketulusan Hatinya Yang Tiada Penghujung..."

Tiada ulasan: